Monday, April 1, 2013

DEGREE & SHAH ALAM

assalamualaikum and hi.

selamat pagi semua. okay sekarang memang patut wish selamat pagi sebab dah pukul 2 lebih pagi ni but still tak boleh tido. padahal esok ada kelas pagi lagi pukul 8.30. ohh my,bagus betul cara aku ni kan. tadi dah promise dengan AF nak tido awal but now still front of lappy and updating this sweet blog. lama tak update,rinduuuu. 

dah lebih seminggu aku demam plus batuk. okay bajet manja lah ngadu dekat belog ni pasal aku sakit. hahaa. eh bukannn, kita kenalah cerita perkembangan sekarang ni macam mana. mana tahu ada orang yang rindu nak tahu khabar kita. hehe.  kat Shah Alam ni panas terik lepas tu nak dekat malam selalu hujan. so cuaca tak menentu. sebab tu memang ramai yang demam. klinik uitm penuh aku rasa untuk bulan ni je. hehe.  thanks friends sebab tolong masa aku sakit aritu. beli makanan. bagi ubat semua. terharu tauu. thanks yang :)  thanks a lot to my AF,sacrifice a lot. sorry dear sebab susahkan beli ubat semua. thanks temankan pergi klinik. thanks for your care. appreciate it. tiba tiba rasa nak sakit selalu je ada orang selalu jaga. hahaaa. okay back to topic.

macam yang aku janji dulu aku nak cerita pasal life kat Shah Alam ni, as degree students. 
nak start dari mana dulu eh. okay at first dari kolej lahh pasalnya aku memang satisfied dengan kolej ni. sangat comfort for study and for sure untuk tido sekali. package! aku sampai lambat so campak lah aku tinggi nuuuuu atas langit,tingkat 7. okayyy tinggi bak hang. nak tunggu lif lagi,so so so tired. heih,naik lif pun nak complain lg. haha. so kitorg dapat duduk berdua sebilik. it was nice! nanti nak mai study Shah Alam apply kolej Melati ya. no regrets :D

back to study. so far setakat ni okay. just shock sikit sebab cara degree belajar lain dari dip dlu. namanya degree kan. Hurmm,maybe aku yang kena catch up cepat kut. dah jenis aku kena tenung lama dulu baru paham tapi kat sini semua macam machine cepaaaaaaaaaat je. nak tekan pause ke stop ke pun tak sempat. semua nak cepat. assignment test present bertimbun. semua nak serentak je. stress tak? tipulahh kalau tak stress. aku nya blood pressure naik weh at first sebab stress. hahaaa. but now dah okayy. hebat penangannya kan? 

by the way kitorang semua masuk sem 3 terus sebabkan kitorang transfer credit pasal ada subject yang dah study time dip dulu jadi tak perlu amek dah. alhamdulillah terus sem 3. lagi 3 sem lagi and we all complete and grad. inshaAllah. ameen. kitorang students Dungun yang dapat sini adalah dalam belas belas orang so we all gather dalam satu kelas sama sama. kelas F again. the same class as my dip. hehe. just kitorang ada subject elective so we choose different subject. ada yang amek Malaysian Premiership and aku amek Quality Management. this subject macam yang belajar masa sem 4 time dip dulu just lebih advanced. at first aku masuk kelas MPS tu but feel like that subject not fit for me. so lari pegi masuk kelas QM. kelas QM ada belas orang je, awesome kan? bolehlaaa nak focus sikit belajar. hehe. konon konon!

ohh ya, third language kitorang amek japanese. chomels je kan. hehe. sensei yang comel dulu but now dah tukar sensei. sedih sikit sebenarnya tapi tak pelah nak belajar kan ada pulak pilih pilih orang. heheee. hajimemashite! :D


ni time buat kad matrik. kitorang pergi awal pukul 9 camtu tengok tengok kul 11 camtu dah lengang. penat tunggu sejam queue panjangg gilaaa nak buat kad matrik ni. chis! buat penat je kan berdiri sejam. hehee. gambar ni disnap oleh Mysara Newrie,my classmate. dah alang alang dia make up so tumpang sekaki masuk gambar. hihi. 

first two week memang busy sangat. dengan modul semua,aktiviti sana sini. tak terkejar. weekend memang tak boleh rehat. kaki time tu rasa nak cabut je bia kaki je yang jalan badan semua tinggal kat bilik. hehe. dah lah kat sini semua nak berbukit je. nak pergi fac pun kena lalu tangga batu caves. woooo its awesome guys! try it! untuk studentss FSPPP memang tough. salute! everyday pegi kelas kena daki tangga tinggi tu sampai puncak rehat kejap before daki tangga kelas pulak. serious aku cakap bawak jelah bekal perfume banyak, sampai atas sana serupa macam mandi peluh. lepas tu bawak bekal tisu dengan air mineral. complete. hehe. 


ni lah my new classmates. at first we all semua tak pernah tegur pun kat Dungun dulu but sampai sini we're together. yelah, Dungun dulu masing masing kelas lain memang jarang tegur. so this time lah kita boleh rapatkan relationship kita kan,guys. really happy ada jugak kawan kawan yang sporting kat sini. thanks :D time ni kelas account dekat Menara Saas. thanks to Mai again for this pictas. hehe. 


masa ni tunggu our friends kelas BCA,aup fahira akma dengan che karim. empat orang dari Dungun yang dapat BCA kat sini. lucky them dapat BCA but aku still prefer BASS. hehee. by the way sempat lagi snap kan. credit to Mai san :) hehe. the only four guys in our class,most class I mean. okay dah kenapa yang depan sekali ni buat muka camtu. 'ehhhh?' hahaaa. 


class BEL. ohhh my. kurang sikit stress bila snap gambar ni.hehe. BEL kali ni tough. rasa macam nak drop je subject ni. nasib dah validate. heheee. hopefully boleh go dengan semua subject sem ni sebab kebanyakannya memang tough subject. memang kena struggle. lucky ada kawan yang boleh tolong  tutor kalau tak faham. thanks friends :)



first annual meeting for Melati. putih putih melati. hehee. kolej kitorang punya gathering kat Stadium. gempak bak hang. siap dance dance lagi. kau ada? hahaaa. sebab tu kitorang pakai sport shoes semua. semangat kan kami? cool ! buat gathering kat stadium pasai nya penghuni kt kolej ni beribann ade. tak muat space nak gather so sinilah tempat yang sesuai. diorang siap bagi suggestion kat aku suruh buat photoshoot for wedding kat sini. hahaaa. jauh jugak weh dari kuantan ke Shah Alam. hahaa. takpe takpe, akan dipertimbangkan. hihi.




haaa. part makan yang aku sukaa. meh lah datang kedai ni. chicken chop dia best. hehe. kedai dia kat PKNS. later baru kitoang jelajah tempat lain pulak nak makan, untuk sebulan dua ni dekat dekat sudahlah nanti kering duit. hahaaa. 




haaaa tiap event dah jadi kewajipan amek gambar. buat kenangan haaa. time ni ada kenduri sekolej untuk Kolej Melati. sebabkan ramai tengah berbaris untuk Mihun Sup so kitorang snap dulu gambar. Teha kenapa tido kat sini?  heheee. kenduri kolej tapi aku pakai baju Duyung Kapas, well Dungun always di hati. hahaaa.




ohhh aku hampir terlupa pasal gambar ni. time modul. Pendora group. it was awesome! nice meet you,guys. mostly diorang dari UiTM Melaka. hi ! hope we can meet each other again. :)

by the way dengar cerita kitorang students FSPPP just stay Shah Alam ni for 2 sem je. lagi 2 sem nanti kat Seremban 3. ohhh new campus. hope lagi best dari sini. hope tak berbukit. penat dah mandi peluh pi kelas. heheee. ohhh cant wait for convo dip. nak jumpa kawan kawan lama. rinduu alahai. rindu kelas F dulu. seriously. hope kita semua dapat jumpa nanti yaa time convo. :D

aku nak cite lebih tapi nampaknya masa memang cepat berlalu. dah nak pukul 4 ni. esok dah lah kelas kul 8.30 konpem konpem kena bangun awal lagi. better sleep now nanti berzikir terlebih time kelas. hehe. 

okay semua. setakat ni dulu cerita pasal degree ni. nanti story lagi ya. banyak lagi nak cerita. bye semua. assalamualaikum. 




Tuesday, February 26, 2013

READY DAH NAK STUDY?

assalamualaikum w.b.t

hi semua. mashaAllah berabad amieza ahmad tk hupdate. tiap kali online jarang ekpun bukak blog. wuhuu cepatnye masa berlalu. tup tup dah this week nak masuk study balik. dah ready ke ya? tu lahh masalahnya. haaa...

pasainya aku memang tak ready wehh nak study. haha. nak tunggu ready memang sampai bila tak ready kan. well, lumrah jadi student gini lah. hehe. no worry inshaAllah it will be fine at the end. hope so. cuak wehhh. mana tak cuak bila tengok kawan kawan lain mak aih kauuu masuk debate semua, rasa down kut jangan cakap. ketaq lutut wehh. aku dah lah jenis nak over nervous je time present, nanti taktau lah macam mana. hahaa. hentam je lahh kan susah hapee. 

preparation aku? hurmmm overall boleh laaa kut. sebab semalam baru lepas shop barang barang sikit. kali ni punye shop tak macam mule mule masuk dip dulu. takpe,kat sana nanti aku tambah barang kt locker aku tu nanti. hehee.

by the way jom terjah kolej yg bakal aku masuk this week. alahai macam neves pulak wehhh. bukan apa just macam betul betul tak ready nak study. nak ngadap buku. alahai. berapa ari je ni, sila countdown. anyway syukur sangat pasalnya dapat Shah Alam ni sebab dia sediakan kolej. okayyy sangat lucky even kena bayar pun tapi kalau compare kan duduk luar dengan duduk kolej which one better? dok luar aku rasa nanti aku tak jadi belajar lah kut. eh? heheee. lagipun kos hidup tinggi kut so better we all jimat cermat kan. for our future. eicehhhh. boleh saving duit kawen. ahaks.

kitorg punye faculty dapat kolej melati. lau tak silap aku kitorang sama dengan fac music,sains gunaan,account kut. so my roomate antara these faculty lah kut. tak kisah pun janji roomate okay and friendly. yeahh!




kat sini lah kut nanti 2 ari bulan nanti students kena register. 


aku rasa ni keadaan bilik untuk dua orang. anyway kitorg diberi pilihan nak pilih bilik 2,3,ke 4 orang. aku rasa yang ni untuk 2 orang punya. ruang maybe luas sikit dari yang bilik lain. selesa sangat nak study kalau sesiapa yang suka privacy macam aku tapi bayarnya mahal sikit dari bilik lain. around 420 kalau tak silap aku. kalau 4 orang punya, 210 je untuk satu sem. okay compare dengan duduk luar sebab kat lua ade lahh bayar banyak tu dalam sebulan. mahu cekik darah. dengan duit transport. mahuu kurus kauuu tak makan dok bayar bayar bende camtu je. heheee. aku tak sanggup,tak boleh makan ayam. ehh tak boleh.hahaa. aku lebih prefer 4 orang sebilik pasalnya aku lebih suka ramai orang dalam bilik boleh borak borak. kalau dua orang ni,kalau dapat yang sama geng sangatlah seronok tapi kalau yang kontra tak ke naya kau cakap sorang sorang. hehee.

Kolej Melati UiTM

ni view dari atas my kolej. ohhh nampak macam besar jugak. donno betul ke ni kolej melati pasalnya aku amek dari google je gambarnya. nak search lah macam mana biliknya. senang nak adjust barang banyak mana boleh bawak. betul dakk. so far rasa macam okay kut pasal katil single. its wayyyy awesome. boleh guling guling atas katil dengan bebasnyaaa. jyeahhh. lagipun kali ni aku bawak comforter yg labuh so boleh laaa tutup semua katil. hehee.

okay jom tengok our faculty pulak. dengar dengar cerita laaa our faculty ni tak jauh dari kolej, turun tangga je kut. sangatlah bagus pasal tak payah nak naik bus semua. lau naik bus cubalah bayang kena tunggu lagi plus kena bangun awal. ohhh no no. lau aku lambat at least boleh lari lari lagi turun tangga. heheee. pasang niat nak pegi kelas lambat. eishhh jangan contohi akak ni adik adik yaaa. hehee.



inilah tangga yang aku maksudkan tadi. ekcelli aku jumpa semua info ni dalam satu blog. dia pun students faculty kitorg jugak. thanks senior!  woot woot tinggi jugak kan tangga nya. agak agak dalam sebulan boleh kurang berapa kg eh? cara yang sihat nak kurus. bagus kan uitm ni? tapi tak boleh lawan puncak alam punya,lagi awesomee. semput kut kalau aku yang dok sana. mahu turun 10 kg sebulan.



kalau tengok dari sini yang belakang bangun yellow tuuu kolej melati. kata senior tu laa. aku pun tak tau. mesti full parking kat situ dengan kereta students kan.



here our faculty dari view depan. rasanya ni lah faculty paling kecik kut pasalnya ada dua course je dalam fac ni. admin science and corporate admin. ramai jugak student law yang masuk fac ni lepas asasi diorang. lau tak silap aku laa. anyway takpe, tempat kecik janji study meletop!

jomlahh terjah sikit macam mana uitm Shah Alam ni. anyway tak rasa macam eksaited sangat macam masa nak masuk dip dulu padahal aku dulu punya lah nak sangat duduk kampus induk ni haaa. pelik memang pelik.

S&T Towers, UiTM Shah Alam




yang penting tempat ni. Dewan Agong Tuanku Counselor, tempat konvo. nanti kita date lagi 2 tahun eh? inshaAllah. doakan ya. semoga semua success :)



tak sabar pulak nak konvo dip ni,lambat lahai bulan 5 nak datang. anyway cantik jugak dewan ni. lau ada apa apa event pun guna dewan ni kan so macam proud to be uitm students. hihi. kalau students UTHM ade library besar kitorg ada dewan cantiks ni :)

rasanya tu je lah kut. takat ni rasa macam semua dah settle just tinggal nak register je sabtu ni. malasnye tauu nak pegi sana beratur panjang nak register. malas nauuuu. kalau boleh nak datang zasss terus amek kunci bilik. awesome kan? hehee. doa doa lah moga aku tk dapat bilik atas sangat. mahu jenuh aku nak exercise tiap tiap hari. even nak kurus pun tapi macam over sangat kalau nak exercise camtu kan. tinggal tulang lah aku jawabnya. hehee.

kawan kawan , jumpa kat sana ya! moga dapat classmate yg awesome macam kat Dungun dulu. ohh rindu Dungun pulak. kawan yg tengah tunggu rayuan, jangan sedih sedih tau, results 8 ari bulan ni. inshaAllah dapat semua. dia bagi masa nak settle seminggu, 15 hari bulan dah boleh register. maybe tak jam sangat sebab yg untuk first intake ni maybe ramai. hope to see you guys kat sana ya.

encik AF suruh mention nama dia. cheihh. dak kecik sorang ni suka betul show off nama dia kat blog ni. haha. tahulah nanti dah dok Shah Alam. untunglahhh. jumpa sabtu ni :)

aku rasa malam ni nak packing slow slow pasalnya baju aku banyak jugak. kalau boleh nak angkut semua satu almari bawak sana. bajet macam taknak balik lah kan.haha. ohh, nak promote... semalam baru beli baju kurung Azzahra. it was nice. tak tipuuu! try tengok sini. Busana Azzahra kain dia sangat berkualiti.


Embedded image permalink

yang aku beli semalam ala ala macam ni but color yellow. harga dia pun berpatutan jugak. maybe sebab baru lagi promote so macam tinggi sikit price dia. nanti lama lama turun lah tu harga nya. ala ala kain pelikat kan tapi dia buat baju kurung. sangat cantik. aku berminat dengan jubah dia semalam tapi takde size, ouhhh nanti aku tengok lagi kalau ada. eh? :D



okay, got to go. nanti aku update pasal macam mana life kat sana pulak. assalamualaikum.:)